budak budak wangi

Thursday, April 26, 2012

33 Migraine itu apa???



assalammualaikum bloggers...

kamu pernah x kena migraine? teruk x? tau x apa penyebab migraine ni? tau x cemana mau mngurangkan migraine ni?? kalau aku bagitau, kamu baca x?? hihi...

kalau kamu kenal aku, aku memang seorang yang kerap kena migraine..kalau kena memang x boleh wat apa2 aktiviti la... terbatas la...
dalam entry ni, aku bagitau la kat kamu kamu yang ada menghidap penyakit ni seba sedikit tentang migraine ni k...hehehe...


ok, firstly, APA ITU MIGRAINE??

migrain tu sakit kepala yang menyakitkan dan berdenyut-denyut...
(pernah rasa??)

ia berlaku antara 4-72 jam(tanpa makan apa-apa ubat)....lama kan?? yang ni memang tahap teruk sangat sangat la tu.. tapi migraine xlah mberi kesan jangka panjang yang serius...means, xla sampai berminggu-minggu berbulan-bulan...


gambar orang botak ni tunjuk jenis-jenis sakit kepala...
migraine yang kaler purple tu...

aku memang kena kat ctu la slalu... bahagian mata sebelah kanan, n berdenyut2 kat otak kanan....


tanda-tanda migraine

kepala berdenyut-denyut

mata xboleh buka luas-luas

cahaya, pergerakan, bunyi bising, bau busuk wat kepala makin berdenyut-denyut hingga kamu rasa macam mau hentak-hentak kepala kat dinding...

nampak bintik-bintik, gelombang cahaya (ini dipanggik aura) atau pancaran cahaya di depan mata kamu..

haaa....kamu sah menghidap MIGRAINE~


makanan pencetus migraine



COKLAT (faveret ku...sobs~)

kekacang

cheese

makanan yang ada MSG

kamu kurangkan la makan benda-benda ni kalau xmau kena migraine...



tips handle migraine ni

kalau bagi aku la kan,,,,

tutup kepala ngan kain so xkena sejuk...pastu kalau boleh baring ja...tutup mata tu jangan bagi kena cahaya terang..

jangan rehat kat tempat yang bising kalau kena migraine ni...makin bertambah berdenyut la kepala kamu tu nanti...kalau orang tu wat bising, suru dia diam...kalau dia xmau diam, BALING DIA NGAN HP, LAPTOP ATAU APA SAJA YANG LEH WAT DIA PENGSAN DAN SEKALIGUS WAT DIA X WAT BISING LAGI!!

mandi, basahkan kepala..

sujud...sujud memang kurangkan rasa sakit tu...jadi, rajin2 sembahyang... 

urut bahagian atas mata...sampai rasa lega...

traditional way yang boleh wat hilangkan rasa sakit kepala, tarik rambut sampai berbunyi...tapi jangan amalkan...leh menyebabkan rabun....



itu ja la...aku memang wat camni kalau aku migraine...n kalau xda ubat...kalau ada ubat memang cepat la sikit hilang tu sakit...

semoga ini membantu....


assalammualaikum




p/s : aku tengah migraine ni...tapi tetap wat blogpost gak...huhu








Tuesday, November 08, 2011

16 Tips untuk melakukan perubahan diri






mulalah berubah supaya kamu menjadi lebih yakin dengan diri kamu sendiri.. orang lain juga lebih yakin dengan diri kamu..

tidak mungkin jika kita mahu mengajak orang lain berubah padahal diri sendiri masih berada pada takuk lama.. 

Lakukan perubahan secara perlahan-lahan.. tidak dinafikan, sememangnya sukar untuk terus melakukan perubahan dalam masa yang singkat atau dalam tempoh sekelip mata..

jika ia dilakukan secara perlahan-lahan, dengan izin Allah kita dapat berubah seperti yang diinginkan.. walaupun perlahan, kita pasti dapat mengalami perubahan besar dalam diri..

lakukan perubahan pada masa sekarang..jangan bertangguh untuk tempoh yang lama. Ini kerana semakin lama kita bertangguh, ia menjadi semakin melarat dan susah untuk melakukannya..

perkara kecil jadi lebih besar jika ia terus dibiarkan..jadi, ambillah masa yang ada sekarang untuk berubah dan mendapat hasil yang baik pada masa depan..

berusaha untuk berubah dengan niat yang ikhlas dan lakukannya dengan bersungguh-sungguh..kita perlu memaksa diri untuk berubah dengan sepenuh hati..

jika diri kita tidak dipaksa seolah-olah memanjakan diri untuk berubah. Nafsu kita juga menjadi semakin degil jika tidak dipaksa..

kawal nafsu dan jangan biarkan ia mengawal diri kita..

apabila kita sudah berjaya melakukan perubahan diri, kita perlu mengulangi perubahan itu hingga ia sebati dengan diri kita..




p/s: berubahhhhhh...






Tuesday, November 01, 2011

11 Kenali penyakit melalui jari



assalammualaikum..


asas 5 jari...

jari telunjuk untuk usus....

jari tengah untuk jantung....

jari manis = imuniti

jari kelingking untuk rahim atau tulang belakang...


1. Cuba kamu tgk kat ruas jari2 kamu... ...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya
badan kamu ni penuh dengan racun n toksik... jadi penyakit sembelit mudah kamu hadapi la...

2. kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok system
dalaman perempuan kita pulak adalah dengan melihat pada jari kelingking
kita...
.
kalau jari kita meruncing atau bengkok tu, maknanya haid x teratur,
keputihan, senggugut, n berkemungkinan rahim kita jatuh...


3. Kalau tapak tangan berbintik pulak maknanya masalah angin...
siapa yang suka marah2 tu, cuba cek tapak tangan tu... berbintik kot... bab tu suka naik angin n marah2... hehhehe....


4. kalau tangan kamu kerap basah n lembap, maknanya sel sel kanser mudah serang badan kamu.. huhu

5. tengok kuku masing masing..... ada x bentuk bulan sabit yang kaler putih tu?? ada?? kalau ada maknanya hormon kamu x seimbang... huaaaaaaaaaaa... aku la tu... hukhuk....
tapi kalau bulan sabit putih tu just ada kat ibu jari, kamu orang yang sihat....
insyaallah....


jaga kesihatan baik baik k semorang...

assalammualaikum....



p/s : lapar!!!










Tuesday, October 25, 2011

16 tips mencuci hati



1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya.. ....(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi) .

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...) , jangan dengar orang mengumpat.



credit to : Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah



Monday, October 24, 2011

4 Surah Al-Ikhlas



Qul Huwallahu Ahad. Allahhus Somad. Lamyalid walam yuulad. Walam yakullahu kufuwan ahad.

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengkhatam Qur'an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan

membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.



baca ayat sependek ni dapat ganjaran yang banyak kan??
subhanallah...

meh amalkan baca surah ni dalam kegiatan harian k...

Ketika Memulakan Kerja

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum Masuk Ke Rumah

Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.


Ketika Sakit

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).



P/S : suka baca surah ni... senang faham... orang cakap, kalau kita faham suatu surah tu, senang kusyuk solat kan??






Originally created by CIK WANGI