budak budak wangi

Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Sunday, September 21, 2014

18 Diet Mengikut Jenis Darah



Diet mengikut jenis darah?? Diet pun kena ikut jenis darah ke.
Ya. Aku pun baru tahu sebenarnya.
Reaksi kimia antara makanan dan jenis darah ni disebabkan oleh faktor yang disebut LEKTIN.

Kalau nak tau, lektin ni sejenis protein yang boleh ditemui dalam pelbagai jenis makanan dan mempunyai sifat dipengaruhi oleh jenis darah.
So, disini aku senaraikan jenis darah termasuk dengan diet sekali lah.


DARAH A

Sarapan: Air putih + jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan sepotong roti gandum + teh herba
Makan Malam: Pasta tanpa daging + brokoli, yogurt dan teh herba


DARAH B

Sarapan: Bijirin + buah pisang dan susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengah Hari: Sepotong dada ayam + dua potong roti + salad dan teh herba
Makan Malam: Sepotong ikan salai, sayur rebus, buahan segar dan teh herba


DARAH A&B

Sarapan: Air limau nipis, jus anggur, dua potong roti + sepotong keju
Snek: Yogurt
Makan Tengah Hari: Dada ayam, salad, buah plum dan teh herba
Makan Malam: Omelet dan salad buah + kopi


DARAH O

Sarapan: Roti bakar + mentega dan pisang
Snek: Teh herba
Makan Tengah Hari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Makan Malam: Sepotong daging lembu + asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba



Ingat!!






Source: LINK

Friday, September 19, 2014

6 TIPS: penjagaan rambut bagi mereka yang bertudung


Tajuk blogpost bunyi macam serius ja kan.
Eh, memang lah. Rambut tu kan mahkota bagi wanita.
ecewah. kemaen mahkota bagai. 


Pakai tudung selesa bila dipakai dengan material yang cukup selesa dan tidak panas.
Tapi material saja tidak mencukupi kalau rambut mengundang pelbagai masalah.
Kerap berpeluh merupakan antara punca ketidakselesaan semasa memakai tudung.
Jadiiiiiiiii, since aku pun sangat menitik berat penjagaan rambut, ni ja lah yang boleh aku share.
Kalau ada yang kurang, sila GOOGLE dan cari lagi banyak tips untuk jaga rambut.

Air Sejuk. Bilas rambut dengan air sejuk bukan saja boleh menyegarkan mata dari rasa mengantuk, tetapi juga boleh membuat rambut kelihatan bersinar gittewwwwww. HaHaHa! (rajin lak aku taip besar kecik besar kecik ni. kah!) Tapi, sebelum simbah air sejuk terus ke kepala, better basahkan dulu kaki atau tangan so tak lah kepala rasa macam terkejut tetiba disimbah. Air sejuk lak tu. Boleh menyebabkan SAWAN tahuuuu.

Kelemumur! Dah tau tak suka kelemumur hinggap di kepala, jangan lah pakai tudung bila rambut tu masih basah. Keringkan dulu, so tak lah kelemumur, kutu dan seangkatan dengannya menetap di kulit kepala. Kalau ada yang tersinggah, cepat cepat elak. Amik je limau purut yang sudah dihangatkan, gosok dekat kulit kepala dan cuci dengan shampoo anti-kelemumur! 

Jangan Kasar Boleh Tak! Tau lah nak cepat keringkan rambut, tapi takyah lah gosok rambut tu dengan tuala secara kasar. Slow slow sudah. Nanti tak memasal rambut gugur.

Say No To Pengering Rambut! Nak rambut cantik kan? So takyah degil gi guna pengering rambut lak. Biar kering secara semulajadi. Nak cepat?? Siapa suruh mandi lambat!!! Hahaha! Penggunaan pengering rambut ni boleh menyebabkan rambut kering dan tidak bermaya. Tauuuu anda pakai tudung, tapi nanti kat rumah, suami tak dapat nak beza yang mana isteri yang mana cik PonTi.

emmmm. Itu ja lah. Yang paling penting, selalu guna air sejuk untuk cuci rambut. Kurangkan penggunaan heater. Air hangat memang best kalau mandi pepagi, tapi rambut kering dan kusam lah. Kata nak rambut cantikkkkkk. Air sejuk ja pun. Erk!


k bai!




Wednesday, January 29, 2014

2 Tips Penjagaan Muka




Assalammualaikum.

Hai everyoneeeeeeeee (krikk krikkk...bunyi cengkerik)
Okaaaaaayyyyyyy. Even i know xda orang akan baca ni (since i malas mau share the new blogpost yang aku buat. So, just imagine that im talking to myself. hahahaha! errrr) i still want to share some tips untuk penjagaan muka.
Bukan sebab muka aku flawless mengalahkan camera 360 or apa, tapi sebab routine aku yang akan bersihkan muka banyakkkkk kali sehari.
Tipu lah kan muka tak pernah naik jerawat, muka takde blackhead whitehead tu semua. Aku girl tau (in case you lupa -.-), muka naik jerawat 1 pun boleh kecoh, apa lagi kalau dah banyak. Boleh nangis. T.T

So, here are some tips yang aku mau share:

- Bangun pagi jak, amalkan basuh muka dengan air sejuk dan selawat. InsyaAllah muka akan rasa berseri seri dan awet muda. Bagi aku, basuh muka dengan air sejuk ni boleh segarkan diri dari mengantuk. Bayangkan kamu ada class or kerja awal pagi, simbah muka dengan air sejuk, Paaammmmm segar sampai petang. Hahahaha. Tapi xyah la melampau sangat sampai simbah simpah pulaakkk, sikit sikit cukup la.

- Bagi orang yang agak pemalas untuk bersihkan muka dengan 1 set jenis penjagaan muka (toner, pelembap, serum, dll..) macam aku, pencuci muka sahaja pun suda mencukupi. Buang segala kekotoran di muka tu.

- Blackhead Whitehead ni memang xboleh dibendung.. Memang suka menapak di muka. So, molek la kiranya dalam seminggu tu ada sekali guna mask and tarik semua benda benda yang menjengkelkan tu. Aku malas letak gambar bila benda tu ditarik keluar dari muka. macam pelik tengok. So, kalau mau tengok juga, silalah google sendiri. Hiks.

- Minum banyak air kosong. Ni bagus untuk detox atau buang toksin dari badan. Selain tu boleh lembabkan kulit. Kalau boleh minum 8gelas sehari. Lagi banyak lagi bagus.

- Sekali sekala buat lah rawatan acah acah spa di rumah sendiri. Contoh macam kisar tomato dan sapu ke muka. Tomato kan bagus untuk muka. Makan begitu saja pun nyaman. Hehehe.

Banyak lagi tips lain, ikut kesesuaian kulit. Perlu rajinkan sikit diri tu untuk cari dan buat. Cari saja tidak mencukupi kalau tidak buat. Ingat, kita ada 1 jak muka yang kita guna setiap hari (emmm. kalau orang yang banyak muka atau talam dua muka tu, perlu usaha lebih banyak lah rasanya. Penatkan jaga banyak muka? Hahahaha). Jaga la ikut kemampuan masing masing. Basuh muka dengan air wudhuk pun suda mencukupi.



Ok bah kalau kau.




ok bai.



Tuesday, November 08, 2011

16 Tips untuk melakukan perubahan diri






mulalah berubah supaya kamu menjadi lebih yakin dengan diri kamu sendiri.. orang lain juga lebih yakin dengan diri kamu..

tidak mungkin jika kita mahu mengajak orang lain berubah padahal diri sendiri masih berada pada takuk lama.. 

Lakukan perubahan secara perlahan-lahan.. tidak dinafikan, sememangnya sukar untuk terus melakukan perubahan dalam masa yang singkat atau dalam tempoh sekelip mata..

jika ia dilakukan secara perlahan-lahan, dengan izin Allah kita dapat berubah seperti yang diinginkan.. walaupun perlahan, kita pasti dapat mengalami perubahan besar dalam diri..

lakukan perubahan pada masa sekarang..jangan bertangguh untuk tempoh yang lama. Ini kerana semakin lama kita bertangguh, ia menjadi semakin melarat dan susah untuk melakukannya..

perkara kecil jadi lebih besar jika ia terus dibiarkan..jadi, ambillah masa yang ada sekarang untuk berubah dan mendapat hasil yang baik pada masa depan..

berusaha untuk berubah dengan niat yang ikhlas dan lakukannya dengan bersungguh-sungguh..kita perlu memaksa diri untuk berubah dengan sepenuh hati..

jika diri kita tidak dipaksa seolah-olah memanjakan diri untuk berubah. Nafsu kita juga menjadi semakin degil jika tidak dipaksa..

kawal nafsu dan jangan biarkan ia mengawal diri kita..

apabila kita sudah berjaya melakukan perubahan diri, kita perlu mengulangi perubahan itu hingga ia sebati dengan diri kita..




p/s: berubahhhhhh...






Tuesday, October 25, 2011

16 tips mencuci hati



1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya.. ....(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi) .

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...) , jangan dengar orang mengumpat.



credit to : Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah



Thursday, October 13, 2011

10 Tips Untuk Mengecilkan Perut Buncit (self-hypnosis)


1. Bangun pagi-pagi

2. Berdiri tegak....tundukkan kepala, tatapan mata ke perut

3. Bongkok kan badan

4. Buka baju

5. Lalu tampar perut byk kali, sambil mengucapkan :"Bikin Malu.. Bikin Malu..Bikin Malu...!!








selamat mencuba...

assalammualaikum....







Monday, October 10, 2011

25 TIPS PERKAHWINAN





assalammualaikum....
ok...bukan aku yang bagi tips k... ni aku amik bulat bulat dari incik SYAHIRUL

so, siapa siapa yang mahu kawin tu, meh tengok tips yang patut di ambil.. 

 1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoakan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana mengsia-siakan doa mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya jesteru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.



 p/s : best x kawin??




Tuesday, June 21, 2011

34 Tips untuk tarik minat readers




Assalammualaikum.... Hari ni rasa macam mao bagi tips sikit kat newbie... Boleh kan???
Kalau x boleh, errr baca ja la.... Dah terlanjur PUBLISH kan post ni... hehehe...

so, straight to the point... aku akan listkan x banyak x sikit tips tuk kamu...
ni semua berdasarkan pengalaman aku sendiri lah... aku pun readers gak kan...




1. Blog x BERAT

eip... wat apa g timbang blog tuuu... bukan camtu la.... blog yang x berat ni, blog tu x susah di bukak... bayangkan, aku punya line tenet yang lembab macam ciput, mao bukak blog yang penuh dengan glitter, penuh dengan gambar, siap ada lagu yang MENUSUK gegendang telinga, memang kena tunggu setengah jam gak kot baru dapat bukak sepenuhnya... itu belum lagi g comment post kamu... memang menguji kesabaran gak la kan.... 

so, pastikan blog kamu RINGAN sikit k??? thank you... :)



2. Blog post, AWESOME!

aku x kisah sebenarnya blog yang terlalu personal ala2 #adindaevans tu.. hehehe... tapi kalau aku tengok kat dashboard and nampak post yang agak peribadi, memang akan scroll and wat2 x nampak la post tu... hehehe... So, you better post something fascinating k....


3. Jadi blogger yang BERBUDI BAHASA

kalau hampir semua dalam post kamu tu mencarut x habis2, jangan harap la kan aku mao g blog tu untuk kedua kalinya... kami xmao la belajar bahasa bahasa yang tidak sopan tu... tidak menarik langsung... hehehehe



4. FIRST IMPRESSION kena baik

yep... kena baik... x boleh jahat jahat... tamao tamao.... hehehehe... eh! lari tajuk sudah..... actually aku bercakap pasal blog itu sendiri... readers suka dengan apa yang dia tengok... bukan sekadar apa yang dia baca... maksudnya, blog tu bagi lah kemas sikit... jangan serabut sangat... bagi kemas kemas... faham x??? hehehe... blog yang kemas and menarik akan bagi first impression kat reader or to be exact, visitors... bila da tengok blog tu kemas, menarik, kacak bergaya, maybe akan wat diorg MELEKAT kat blog kamu tu... kan best tu.... hehehe


5. wat la CONTEST kat blog kamu

selain dapat ramai visitors, contest ni gak dapat tambah followers kamu.... wat la apa-apa jenis contest... yang penting contest tu memang akan menarik la... kalau wat contest TEKA BERAPA BULU AYAM YANG ADA KAT GAMBAR NI memang contest mintak pelempang la kan... =.=



emmm tu ja la tips yang aku rasa menarik... banyak lagi sebenarnya tips tips yang leh tarik minat pembaca ni... tapi aku da penat menaip... acane??? terima ja la hakikat tu kan.... hehehe... insyaallah nanti aku bagi tips yang lain lak k... x pun, kamu ja la yang bagi tips tuk aku and yang lain lain.. amacam????

ok la.... jumpa lagi... ASSALAMMUALAIKUM readers kesayang hamba...







Originally created by CIK WANGI