budak budak wangi

Sunday, September 28, 2014

11 Congratulation! You Win!!




hi readers! haha. confident ada readers! ceit!

Pernah tak dapat message dari unknown number yang bagitau kamu menang something.
Padahal join contest tu pun tak pernah, boleh pula tetiba menang kan.
Hebat sangat dah tu. Memang wajib buat kenduri kesyukuran sebab rezeki datang bergolek.

Tapi, janganlah percaya semua tu. Hampir semua menipu ja kan.
So, ini jawapan spontan dari penerima message.
























Sangat lucu and pernah reply sekali kat pemberi message. Lepas tu malas layan sebab bazir kredit ja!

so, itu ja lah. mohon terhibur sekarang dan mohon jangan berkerut dahi sangat. 


bai!




Sunday, September 21, 2014

19 Diet Mengikut Jenis Darah



Diet mengikut jenis darah?? Diet pun kena ikut jenis darah ke.
Ya. Aku pun baru tahu sebenarnya.
Reaksi kimia antara makanan dan jenis darah ni disebabkan oleh faktor yang disebut LEKTIN.

Kalau nak tau, lektin ni sejenis protein yang boleh ditemui dalam pelbagai jenis makanan dan mempunyai sifat dipengaruhi oleh jenis darah.
So, disini aku senaraikan jenis darah termasuk dengan diet sekali lah.


DARAH A

Sarapan: Air putih + jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan sepotong roti gandum + teh herba
Makan Malam: Pasta tanpa daging + brokoli, yogurt dan teh herba


DARAH B

Sarapan: Bijirin + buah pisang dan susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengah Hari: Sepotong dada ayam + dua potong roti + salad dan teh herba
Makan Malam: Sepotong ikan salai, sayur rebus, buahan segar dan teh herba


DARAH A&B

Sarapan: Air limau nipis, jus anggur, dua potong roti + sepotong keju
Snek: Yogurt
Makan Tengah Hari: Dada ayam, salad, buah plum dan teh herba
Makan Malam: Omelet dan salad buah + kopi


DARAH O

Sarapan: Roti bakar + mentega dan pisang
Snek: Teh herba
Makan Tengah Hari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Makan Malam: Sepotong daging lembu + asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba



Ingat!!






Source: LINK

Friday, September 19, 2014

6 TIPS: penjagaan rambut bagi mereka yang bertudung


Tajuk blogpost bunyi macam serius ja kan.
Eh, memang lah. Rambut tu kan mahkota bagi wanita.
ecewah. kemaen mahkota bagai. 


Pakai tudung selesa bila dipakai dengan material yang cukup selesa dan tidak panas.
Tapi material saja tidak mencukupi kalau rambut mengundang pelbagai masalah.
Kerap berpeluh merupakan antara punca ketidakselesaan semasa memakai tudung.
Jadiiiiiiiii, since aku pun sangat menitik berat penjagaan rambut, ni ja lah yang boleh aku share.
Kalau ada yang kurang, sila GOOGLE dan cari lagi banyak tips untuk jaga rambut.

Air Sejuk. Bilas rambut dengan air sejuk bukan saja boleh menyegarkan mata dari rasa mengantuk, tetapi juga boleh membuat rambut kelihatan bersinar gittewwwwww. HaHaHa! (rajin lak aku taip besar kecik besar kecik ni. kah!) Tapi, sebelum simbah air sejuk terus ke kepala, better basahkan dulu kaki atau tangan so tak lah kepala rasa macam terkejut tetiba disimbah. Air sejuk lak tu. Boleh menyebabkan SAWAN tahuuuu.

Kelemumur! Dah tau tak suka kelemumur hinggap di kepala, jangan lah pakai tudung bila rambut tu masih basah. Keringkan dulu, so tak lah kelemumur, kutu dan seangkatan dengannya menetap di kulit kepala. Kalau ada yang tersinggah, cepat cepat elak. Amik je limau purut yang sudah dihangatkan, gosok dekat kulit kepala dan cuci dengan shampoo anti-kelemumur! 

Jangan Kasar Boleh Tak! Tau lah nak cepat keringkan rambut, tapi takyah lah gosok rambut tu dengan tuala secara kasar. Slow slow sudah. Nanti tak memasal rambut gugur.

Say No To Pengering Rambut! Nak rambut cantik kan? So takyah degil gi guna pengering rambut lak. Biar kering secara semulajadi. Nak cepat?? Siapa suruh mandi lambat!!! Hahaha! Penggunaan pengering rambut ni boleh menyebabkan rambut kering dan tidak bermaya. Tauuuu anda pakai tudung, tapi nanti kat rumah, suami tak dapat nak beza yang mana isteri yang mana cik PonTi.

emmmm. Itu ja lah. Yang paling penting, selalu guna air sejuk untuk cuci rambut. Kurangkan penggunaan heater. Air hangat memang best kalau mandi pepagi, tapi rambut kering dan kusam lah. Kata nak rambut cantikkkkkk. Air sejuk ja pun. Erk!


k bai!




Sunday, September 07, 2014

4 Always Start From Something Tiny



Assalammualaikum.

Aku kadang kadang pelik dengan diri sendiri. Kalau da rajin update blog tu, apa yang jadi hari ni terus nak dijadikan blogpost. 

Okayyyyy, so as human being, selalu lupa dan lalai. perlu selalu diingatkan.
Merasa diri tu serba kekurangan padahal ada lagi yang tidak bernasib baik.
Tidak bersyukur dengan apa yang ada padahal ada orang yang tidak dapat apa yang kita ada.

Weiiiii. serius juaaaaaaak. 
Ini bukan BELOGSERIUS. jangan salah faham.
Cik Wangi nak serius? kah! no way. hihihi

Tak salah meluahkan isi hati di blog. Kan blog ni medium untuk meluahkan perasaan. (well for me statement tu separuh betul separuh lagi salah).
Dalam dunia sekarang ni, banyak hati kita kena jaga. Kalau benci kat seseorang tu janganlah tulis kat blog. Kalau ada, terus delete. Jangan jadikan blog ni satu medium untuk cari dosa. Dah lah kadang kadang bila upload gambar selfie di INSTAGRAM ter-riak dan ter-bongkak (sedar atau tidak). Lagi nak cari dosa secara terang-terangan.

Kadang-kadang tertanya-tanya juga, pernah tak korang terfikir untuk bantu orang yang memerlukan?
Ok simple thing lah kan, pernah tak korang rasa nak kutip sampah walau kecil mana pun untuk bantu acik cleaner dan memudahkan kerja mereka?
Cemana korang nak contribute to the society?

So, let me ask, How much time do you spend on Facebook, Twitter, Instagram, etc, everyday?
Update status, upload gambar. setiap sejam update, paling teruk tiap 5 minit update.
Dont you have enough of your life that you have to check other people's lives everyday? Life is not all about you, kau, and kamu. Its about helping people who needed and make the world a better place to live. Kalau kita mati hari ni, aren't you ashamed to meet Allah? You're full of yourselves, tak tolong orang, pentingkan diri sendiri. Berani sangat jumpa Allah with that attitude?

I always remember to this "Always start from something tiny".
contoh, kutip sampah, tutup suis yang tidak ditutup, kalau nampak orang tua angkat barang berat-berat tolong angkat. tak payah keluar sesen pun duit kita. Just luang masa berSOCIAL NETWORK untuk orang yang memerlukan bantuan. Kalau ada usaha lebih sikit, try buat kerja volunteer. Kan?

Tapi dah buat kerja volunteer tu, kurangkanlah share gambar dengan caption yang boleh menimbulkan riak. hahaha! Nanti sia-sia pahala.

Well anyway, sorry lah banyak membebel di blog. Blog ja lah medium untuk aku membebel. FB, Twitter, IG memang JARANG (mungkin suda boleh delete acc) update. kah kah kah.

Thank you dear reader. 


Thursday, September 04, 2014

0 Senarai Perpindahan Pemain Manchester United (English Premier League)



Assalammualaikum.

Since aku ni peminat ManU, aku bagitau transfer ManU ja lah.
Yang lain tu pandai pandai la kamu cari sendiri.



EPL transfer for Manchester United

MASUK: 

Angel di Maria (Real Madrid £59.7j), Luke Shaw (Southampton, £31.5j), Ander Herrera (Athletic Bilbao, £29j), Marcos Rojo (Sporting Lisbon, £16j), Daley Blind (Ajax, £14j), Vanja Milinkovic (FK Vojvodina), Radamel Falcao (Monaco, dipinjamkan).

NEW SIGNING. Welcome!

KELUAR:

Shinji Kagawa (Borussia Dortmund £6.3j), Alexander Buttner (Dinamo Moscow, £5.6j), Patrice Evra (Juventus, £2.5j) Bebe (Benfica, £2.4j), Rio Ferdinand (QPR), Nemanja Vidic (Inter Milan), Federico Macheda (Cardiff City), Jack Barmby (Leicester), Louis Rowley (Leicester) Ryan Giggs (bersara), Angelo Henriquez (Dinamo Zagreb, dipinjamkan), Nani (Sporting Lisbon, dipinjamkan), Wilfried Zaha (Crystal Palace, dipinjamkan) Javier Hernandez (Real Madrid, dipinjamkan), Tom Lawrence (Leicester, £1j), Danny Welbeck (Arsenal, £16j), Nick Powell (Leicester, dipinjamkan), Michael Keane (Burnley, dipinjamkan).


oh-my-chicha.
T.T

ok lah. harap harap beli gak defense yang kuat kuat.





Okay. Ini lucu!







toddles!



Originally created by CIK WANGI