budak budak wangi

Tuesday, November 08, 2011

16 Tips untuk melakukan perubahan diri






mulalah berubah supaya kamu menjadi lebih yakin dengan diri kamu sendiri.. orang lain juga lebih yakin dengan diri kamu..

tidak mungkin jika kita mahu mengajak orang lain berubah padahal diri sendiri masih berada pada takuk lama.. 

Lakukan perubahan secara perlahan-lahan.. tidak dinafikan, sememangnya sukar untuk terus melakukan perubahan dalam masa yang singkat atau dalam tempoh sekelip mata..

jika ia dilakukan secara perlahan-lahan, dengan izin Allah kita dapat berubah seperti yang diinginkan.. walaupun perlahan, kita pasti dapat mengalami perubahan besar dalam diri..

lakukan perubahan pada masa sekarang..jangan bertangguh untuk tempoh yang lama. Ini kerana semakin lama kita bertangguh, ia menjadi semakin melarat dan susah untuk melakukannya..

perkara kecil jadi lebih besar jika ia terus dibiarkan..jadi, ambillah masa yang ada sekarang untuk berubah dan mendapat hasil yang baik pada masa depan..

berusaha untuk berubah dengan niat yang ikhlas dan lakukannya dengan bersungguh-sungguh..kita perlu memaksa diri untuk berubah dengan sepenuh hati..

jika diri kita tidak dipaksa seolah-olah memanjakan diri untuk berubah. Nafsu kita juga menjadi semakin degil jika tidak dipaksa..

kawal nafsu dan jangan biarkan ia mengawal diri kita..

apabila kita sudah berjaya melakukan perubahan diri, kita perlu mengulangi perubahan itu hingga ia sebati dengan diri kita..




p/s: berubahhhhhh...






Tuesday, November 01, 2011

11 Kenali penyakit melalui jari



assalammualaikum..


asas 5 jari...

jari telunjuk untuk usus....

jari tengah untuk jantung....

jari manis = imuniti

jari kelingking untuk rahim atau tulang belakang...


1. Cuba kamu tgk kat ruas jari2 kamu... ...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya
badan kamu ni penuh dengan racun n toksik... jadi penyakit sembelit mudah kamu hadapi la...

2. kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok system
dalaman perempuan kita pulak adalah dengan melihat pada jari kelingking
kita...
.
kalau jari kita meruncing atau bengkok tu, maknanya haid x teratur,
keputihan, senggugut, n berkemungkinan rahim kita jatuh...


3. Kalau tapak tangan berbintik pulak maknanya masalah angin...
siapa yang suka marah2 tu, cuba cek tapak tangan tu... berbintik kot... bab tu suka naik angin n marah2... hehhehe....


4. kalau tangan kamu kerap basah n lembap, maknanya sel sel kanser mudah serang badan kamu.. huhu

5. tengok kuku masing masing..... ada x bentuk bulan sabit yang kaler putih tu?? ada?? kalau ada maknanya hormon kamu x seimbang... huaaaaaaaaaaa... aku la tu... hukhuk....
tapi kalau bulan sabit putih tu just ada kat ibu jari, kamu orang yang sihat....
insyaallah....


jaga kesihatan baik baik k semorang...

assalammualaikum....



p/s : lapar!!!










Originally created by CIK WANGI