budak budak wangi

Friday, September 19, 2014

6 TIPS: penjagaan rambut bagi mereka yang bertudung


Tajuk blogpost bunyi macam serius ja kan.
Eh, memang lah. Rambut tu kan mahkota bagi wanita.
ecewah. kemaen mahkota bagai. 


Pakai tudung selesa bila dipakai dengan material yang cukup selesa dan tidak panas.
Tapi material saja tidak mencukupi kalau rambut mengundang pelbagai masalah.
Kerap berpeluh merupakan antara punca ketidakselesaan semasa memakai tudung.
Jadiiiiiiiii, since aku pun sangat menitik berat penjagaan rambut, ni ja lah yang boleh aku share.
Kalau ada yang kurang, sila GOOGLE dan cari lagi banyak tips untuk jaga rambut.

Air Sejuk. Bilas rambut dengan air sejuk bukan saja boleh menyegarkan mata dari rasa mengantuk, tetapi juga boleh membuat rambut kelihatan bersinar gittewwwwww. HaHaHa! (rajin lak aku taip besar kecik besar kecik ni. kah!) Tapi, sebelum simbah air sejuk terus ke kepala, better basahkan dulu kaki atau tangan so tak lah kepala rasa macam terkejut tetiba disimbah. Air sejuk lak tu. Boleh menyebabkan SAWAN tahuuuu.

Kelemumur! Dah tau tak suka kelemumur hinggap di kepala, jangan lah pakai tudung bila rambut tu masih basah. Keringkan dulu, so tak lah kelemumur, kutu dan seangkatan dengannya menetap di kulit kepala. Kalau ada yang tersinggah, cepat cepat elak. Amik je limau purut yang sudah dihangatkan, gosok dekat kulit kepala dan cuci dengan shampoo anti-kelemumur! 

Jangan Kasar Boleh Tak! Tau lah nak cepat keringkan rambut, tapi takyah lah gosok rambut tu dengan tuala secara kasar. Slow slow sudah. Nanti tak memasal rambut gugur.

Say No To Pengering Rambut! Nak rambut cantik kan? So takyah degil gi guna pengering rambut lak. Biar kering secara semulajadi. Nak cepat?? Siapa suruh mandi lambat!!! Hahaha! Penggunaan pengering rambut ni boleh menyebabkan rambut kering dan tidak bermaya. Tauuuu anda pakai tudung, tapi nanti kat rumah, suami tak dapat nak beza yang mana isteri yang mana cik PonTi.

emmmm. Itu ja lah. Yang paling penting, selalu guna air sejuk untuk cuci rambut. Kurangkan penggunaan heater. Air hangat memang best kalau mandi pepagi, tapi rambut kering dan kusam lah. Kata nak rambut cantikkkkkk. Air sejuk ja pun. Erk!


k bai!




6 pengomen yang wangi:

-Azni Zuhaini- said...

Good tips tho ! :)

my blog also got some hair tips.

yong norliza said...

Woww.part ponti tak menahann ! Kikiki

Asyraf Azmi said...

nice blog

nk share artikel ni

hehe

http://warkahterkini.blogspot.com/2014/09/3-perkara-yang-boleh-menjatuhkan-sebuah.html

Nur Hana Law said...

Tips yang best. Thank you very much. Lain kali kalau dah mandi panas, Hana bilas kepala saje la dengan air sejuk. Haha..

baby comel said...

Rambut kalau tak jaga, aduhai.. saya kalau lepas mandi tak sikat rambut, boleh demam ooo. Thanks sharing.

Originally created by CIK WANGI