budak budak wangi

Sunday, December 14, 2014

2 Ketenangan





gambar bukan main lagi jiwang tengok sawah padi. ketenangan sangat.

Assalammualaikum. Mula dah perasaan malas wat blogpost baru. Hampir 2 bulan juga terbiar blog ni (bagus la, better dari tinggal bertahun kan. ehem!).

Busy sikit. Kekangan masa. Dengan pressure ditempat kerja yang makin bertambah, dengan masalah itu masalah ini bla bla bla (membebel dalam hati saja). Tapi sempat tengok bola. Kah! Bagi hilang stress sekali sekala kan. Tenangkan minda.

Tapi tujuan blogpost ni lebih kepada tenangkan hati. Terlalu mengejar duniawi sampai lupa untuk menjaga ketenangan hati ni.

Selain banyak mengingati Allah dan perbanyakkan zikrullah, aku percaya dengan 2 perkara ni.

- Selalu Positif!

Terlalu terdedah dengan negativity boleh menyebabkan stress berlaku. Selalu fikir kekurangan yang ada pada diri merupakan penyebab kepada kegagalan. Cuba ubah cara pemikiran, jangan terlalu dibelenggu dengan kekurangan diri. Allah beri kita banyak kelebihan yang lain. Jangan terlalu banyak mengeluh.


- Tidak peduli dengan apa yang orang kata selagi yang kita buat itu benar kerana Allah swt.

Mudah tertekan bila lebih mengambil kisah dengan apa orang lain akan kata tentang diri. Sedangkan bukan mereka yang akan mengadili kita pun. Teguhkan pendirian. Selagi apa yang kita buat itu kerana Allah.




Yakin dengan Allah. Yakin dengan Allah. Yakin dengan Allah.
Ketenangan hati tu tidak datang dari keizinan orang tapi dari Allah.
Berserah sepenuhnya kepada Dia.
InsyaAllah ketenangan itu jadi milik kita.
Aminn ya Rabb.



2 pengomen yang wangi:

Tedi {interpretZZ} said...

haha... sama la kita.. memblog kononnya utk menenangkan hati...
mana la tau kan ada yg sudi berkongsi...

Anonymous said...

saya pun suka tengok pemandangan sawah padi,cantik :-)

Originally created by CIK WANGI